Tuesday 30 September 2014

SMK BANDAR TENGGARA MUNCUL JUARA PERTANDINGAN FUTSAL PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA 2014

30 September  2014 : Gelanggang Futsal Felda Bukit Besar
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh
PK Kokurikulum, SMK Sultan Alaudin
Johan Futsal - SMK Bandar Tenggara
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara muncul Johan dalam Pertandingan Futsal Piala Menteri Pendidikan 1 Murid 1 Sukan yang diadakan di Gelanggang Futsal , Felda Bukit Besar, Kulaijaya petang tadi. SMK Indahpura mendapat tempat kedua, SMK Bandar Putra dan SMK Seri Pinang mendapat tempat ketiga dan keempat masing-masing.

Sebanyak 12 buah pasukan daripada sekolah-sekolah menengah daerah Kulaijaya terlibat. Pasukan-pasukan tersebut terdiri daripada SMK Bandar Tenggara, SMK Indahpura, SMK Bandar Putra, SMK Seri Pinang, SMK Bandar Tenggara 2, SMK Kulai Besar, SMK Kelapa Sawit, SMK Kangkar Pulai, SMK Sultan Ibrahim, SMK Kota Kulai, SMK Tunku Abdul Rahman Putra dan SMK Bukit Besar.

Turut hadir dalam pertandingan tersebut ialah Encik Mansor Othman, PPPD Unit Pembangunan Kemanusiaan, Encik Abdull Talib Daud, Penyelia Sukan, PPD Kulai dan Encik A.Rahman Ismail, PK Kokurikulum, SMK Seri Pinang, Encik Ahmad Survi, PK Kokurikulum, SMK Bandar Tenggara dan Encik Bahrin Omar, PK Kokurikulum Kota Kulai.

Lawatan PPPD Unit Pembangunan Kemanusiaan, Encik Mansor Othman
ke tempat pertandingan

 ,
SMK Indahpura - Naib Johan



Encik Kamalullail Toha, GPK Kokurikulum
SMK Sultan Alaudin, Bukit Besar
Penyelaras pertandingan Futsal 1Murid 1 Sukan Piala Menteri Pendidikan, Kamalullail Toha ditemui berkata penyertaan adalah berasaskan sekolah (School Based), satu pasukan sahaja dibenarkan untuk menyertai pertandingan dan peserta hendaklah terdiri daripada murid yang tidak pernah mewakili sekolah dalam sebarang pertandingan di peringkat Daerah, Negeri atau Negara termasuk Kejohanan Piala Menteri Pelajaran 1 Murid 1 Sukan tahun lepas.

Katanya lagi murid yang didaftarkan di bawah program Pusat Latihan Daerah (PLD/SPTS) juga tidak dibenarkan menyertai kejohanan ini. Tegas beliau, kertas konsep dan peraturan am kejohanan yang diterima daripada Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah dipatuhi.

No comments:

Post a Comment